Cuci Karpet & Kerusi Pejabat di Kulim, Kedah

Perlu deep clean karpet atau kerusi pejabat di Kulim? Yellowbee ambil kerja sekali sahaja atau berkala di sekitar Kulim, Kulim Hi-Tech Park dan Lunas. Crew datang dari Pulau Pinang ikut jadual.
Untuk premis komersial
Deep clean khas, bukan cleaner harian
Cleaner harian anda uruskan habuk dan kotoran biasa. Kami masuk untuk deep clean karpet dan kerusi pejabat yang perlu dibuat sekali-sekala — bukan untuk bekalkan cleaner harian.

Kesan Kopi di Kawasan Meja Kerja
Kopi tertumpah, kesan dakwat dan kotoran harian mudah terkumpul pada karpet di sekitar meja kerja. Vacuum dan lap biasa mungkin tak cukup untuk hilangkan kesan yang dah melekat.
Kerusi Cepat Kusam Bila Selalu Digunakan
Kerusi pejabat dan kerusi mesyuarat mudah jadi berhabuk, kusam dan bertompok bila selalu digunakan, terutama di bilik mesyuarat dan ruang menunggu yang sibuk.
Ikut Waktu Operasi Pejabat
Cucian dan masa kering kena ikut waktu operasi. Kami check waktu operasi dan masa kering dulu sebelum confirm jadual.
Kawasan servis
Kulim, Kulim Hi-Tech Park & Lunas
Kami ambil kerja cucian karpet dan kerusi pejabat terpilih di sekitar Kulim. Crew bergerak dari Pulau Pinang ikut jadual. Kami boleh semak alamat di Kulim, Kulim Hi-Tech Park dan Lunas, tapi masih perlukan alamat penuh dan saiz kerja sebelum confirm.

Sebelum kami bagi quote
Apa yang kami perlu check
- Keluasan dan jenis karpet
- Jenis, bahan dan jumlah kerusi
- Akses, parking, lif atau tangga
- Waktu operasi dan jadual yang sesuai
- Bekalan air dan elektrik
- Gambar atau pelan lantai jika ada
Harga Yellowbee
Harga Karpet & Kerusi Pejabat
Kami guna senarai harga Yellowbee yang sama, bukan harga khas untuk Kulim. Quote akhir ikut jumlah keluasan, jenis dan kuantiti kerusi, keadaan tapak serta akses.
Kaedah HybridRM0.80–RM1.80
Add-OnRM50
Kerusi Pejabat & AcaraRM15–RM25
Kerusi Fabrik IndividuRM35–RM40
Kerusi Kulit IndividuRM45–RM50
Stool & Tempat Duduk LainRM30–RM100
Gambar Sebelum, Selepas dan Masa Cuci
Hasil sebenar kerja kami di Pulau Pinang.
SEBELUMKarpet tile pejabat — lusuh dengan kotoran kopi
SELEPASKarpet tile selepas dicuci
SEBELUMKerusi fabrik — kesan kotoran
SELEPASFabrik kerusi selepas dicuci
SEBELUMKerusi pejabat — kain belakang berkotor
SELEPASKain kerusi selepas dicuci
← Leret untuk tengok lagi →
Lagi Gambar Kerja Kami
01Bilik mesyuarat pejabat sebelum dicuci
02Proses cucian di pejabat
03Kerusi fabrik selepas dicuci
04Pengurus pejabat berpuas hati selepas servis← Leret untuk tengok lagi →
Apa Kata Pelanggan Yellowbee di Pulau Pinang
“Kagum dengan servis mereka.. Tepat masa dan profesional.. Harga berpatutan dan semua barang bersih macam baru.. Secara keseluruhan, pengalaman ini melebihi jangkaan saya. Sangat disyorkan!!”
“Servis yang cemerlang, sangat terperinci dan pasukan sangat profesional. Saya amat mengesyorkan untuk guna servis mereka. Kadar bayaran pun sangat berpatutan. Syabas Yellow Bee. Khidmat pelanggan mereka juga cemerlang. Balasan hampir segera dan sangat sopan!!!”
“Sangat bersih, kemas, teratur dan wangi! Disyorkan 👍🏻. Pasukan mereka pun mesra dan sopan.”
“Yellow Bee mempunyai prosedur perniagaan yang sangat teratur dari awal hingga akhir. Pasukan pencuci tiba tepat masa. Kerja pencucian sangat terperinci, staf pun mesra. Oleh itu saya berikan 5 bintang! Sangat disyorkan.”
← Leret untuk tengok lagi →
Polisi Cuci Semula
Beritahu kami dalam 24 jam kalau masih ada bau, kotoran atau bahagian yang kami terlepas pandang. Kami akan semak aduan itu dan, kalau keadaan sesuai, cuci semula bahagian berkenaan tanpa caj cucian tambahan. Kesan yang kekal mungkin tak boleh hilang sepenuhnya.
Semak kerja anda
Ceritakan Sedikit Tentang Kerja Anda
- 1Hantar butiran kerja dalam borang di bawah.
- 2Kami check laluan, saiz minimum dan akses ke premis.
- 3Kami confirm kalau ada slot yang sesuai untuk anda.
Servis tambahan
Lantai premis pun perlu dicuci atau dipolish?
Kalau lantai pun perlukan kerja, semak servis cuci, polish dan pulih lantai kami. Kami akan confirm sama ada alamat di Kulim itu boleh kami cover.
FAQ
Soalan Tentang Servis di Kulim
Kawasan mana sekitar Kulim yang Yellowbee cover?
Kami boleh semak kerja di Kulim, Kulim Hi-Tech Park, Lunas dan kawasan berhampiran. Hantar alamat penuh dan butiran kerja. Lepas tu kami akan confirm sama ada lokasi tu sesuai dengan jadual crew ke Kulim.
Ini servis cuci pejabat harian atau bekalkan pekerja ke?
Bukan. Kami deep clean karpet dan kerusi pejabat untuk kerja sekali sahaja atau ikut jadual berkala. Kami tak bekalkan cleaner untuk cucian pejabat harian.
Macam mana harga cucian karpet dan kerusi pejabat dikira?
Untuk karpet, harga Kaedah Hybrid ikut jumlah keluasan. Harga kerusi pula ikut jenis, bahan dan kuantiti. Kerusi terpilih bermula RM15 satu. Kadar karpet paling rendah dalam senarai harga ialah RM0.80 setiap kaki persegi untuk keluasan paling besar. Kami akan confirm quote akhir selepas check semua butiran kerja.
Ada saiz minimum untuk kerja di Kulim?
Ya. Crew datang dari Pulau Pinang ikut jadual, jadi setiap kerja di Kulim ada saiz minimum. Hantar keluasan karpet, jumlah kerusi dan alamat dulu. Kami akan check sama ada kerja itu sesuai dengan laluan sebelum aturkan lawatan.
Apa yang saya perlu hantar untuk dapat quote awal?
Hantar kawasan atau poskod, jenis premis, anggaran keluasan karpet, jumlah kerusi, waktu pilihan dan gambar atau pelan lantai jika ada. Kami akan check semua ni dulu dan hanya aturkan lawatan tapak kalau perlu.
Apa yang Yellowbee perlu tahu tentang akses ke premis?
Beritahu kami tentang tempat turunkan barang, parking, lif atau tangga, daftar dengan security, had waktu kerja serta akses air dan elektrik. Masa kering ikut jenis bahan, cara cucian, keadaan tapak dan berapa banyak angin yang masuk. Kami akan terangkan selepas check kerja.