Servis Cuci Tilam di Tanjung Tokong

Tanjung Tokong terkenal dengan kondominium, rumah dan kawasan tepi laut. Kami servis seluruh Tanjung Tokong, Tanjung Bungah, Batu Ferringhi dan Seri Tanjung Pinang — antara kawasan yang paling ramai pelanggan tempah semula dengan kami.
Dari RM 80 — Check harga sebelum tempah
Hantar 1–3 gambar · Kami confirm harga sebelum mula

Apa Kata Pelanggan Kami di Pulau Pinang
“Saya dah guna servis cuci tilam ni. Kebetulan masa cuci tuu hari hujan, saya ingatkan akan ada bau yang tak kering tu, Alhamdulillah tilam saya kering dengan jayanya tanpa meninggalkan kesan bau langsung. Btw, katil saya size king. Nanti boleh repeat lagi ✌🏻”
“Nampak perbezaan yang ketara. Tilam ada banyak tompok susu dan bekas kencing baby. Selepas dibersihkan menggunakan perkhidmatan Yellow Bee Cleaning, tilam nampak bersih dan tompok kotor pun dah hilang. Servis dari mereka terbaik. Boleh repeat this servis!!!”
“Bila saya hubungi mereka melalui WhatsApp, saya dapat balasan pantas dan mereka atur temujanji dengan cepat. 3 orang datang tepat masa dan mencuci sofa serta tilam dengan teliti. Kesan kotor dan bau berjaya dihilangkan dengan baik. Orang yang bertanggungjawab bercakap Bahasa Inggeris yang baik dan terangkan proses dengan jelas — satu lagi kelebihan mereka. Saya sangat berpuas hati dan mengesyorkan syarikat ini.”
“Servis cuci tilam dan kusyen yang terbaik. Sangat disyorkan.”
“Sangat disyorkan servis cuci sofa dan tilam. Semua kesan kotor hilang dan sofa nampak macam baru. Thumbs up, confirm akan guna servis ni lagi lain kali.”
← Leret untuk tengok lagi →
Kerja cucian terbaru kami di Tanjung Tokong
20+ kerja cucian tilam di sini dalam 12 bulan lepas, ikut rekod kerja kami.
Dikemas kini Okt 2026
Lebih kurang 1 daripada 5 pelanggan kami sejak 2023 dah tempah servis kami lebih dari sekali.
Sebelum & Selepas
Hasil sebenar kerja kami di Pulau Pinang.
SEBELUMTilam queen dengan kesan kuning, peluh dan minyak badan
SELEPASBersih & cerah — hasil cuci mendalam
SEBELUMTilam kotoran haiwan dengan bau hapak
SELEPASBau dirawat, permukaan segar
SEBELUMTilam kanak-kanak — kotoran susu & habuk terkumpul
SELEPASDicuci mendalam dengan rawatan UV
← Leret untuk tengok lagi →
Gambar Kerja Kami
Contoh ilustrasi jenis kerja yang kami buat di Pulau Pinang.
01Tilam sebelum rawatan — kotoran kuning
02Proses sanitasi UV
03Tilam putih cerah selepas cuci
04Sedutan air pada tilam double
05Tilam kanak-kanak sebelum dan selepas dicuci
06Hasil cuci bilik tidur utamaIni antara contoh kerja yang kami buat sekitar Pulau Pinang.
Dapatkan Sebut HargaHarga Servis Cuci Tilam di Tanjung Tokong
Harga tetap. Tiada caj tersembunyi.
Cucian tilam penuh termasuk permukaan atas dan empat sisi. Kami confirm harga sebelum mula.
Polisi Cuci Semula
Beritahu kami dalam 24 jam kalau masih ada bau, kotoran atau bahagian yang kami terlepas pandang. Kami akan semak aduan itu dan, kalau keadaan sesuai, cuci semula bahagian berkenaan tanpa caj cucian tambahan. Kesan yang kekal mungkin tak boleh hilang sepenuhnya.
Soalan Lazim
Minimum sekali setahun. Kalau ada haiwan peliharaan, alahan, kanak-kanak kecil atau tinggal di Pulau Pinang yang lembap — setiap 6 bulan lagi baik.
Ya, selamat. Kami guna bahan cuci tidak toksik, tanpa bahan kimia kuat atau pewangi kuat. Tilam dah kering sepenuhnya sebelum boleh digunakan (2–4 jam).
Ya. Rawatan enzim kami berkesan pada kesan kuning peluh dan minyak badan. Kesan yang dah lama mungkin banyak pudar tapi tak semestinya hilang 100%.
Ya — RM 10 setiap satu. Tambah dalam booking dan kami cuci semua sekali masa datang.
Biasanya 2–4 jam. Buka tingkap atau pasang kipas supaya cepat kering. Jangan pasang cadar sampai tilam betul-betul kering.
Harga cuci tilam bermula dari RM 80 untuk tilam bayi (semua sisi), dengan minimum order RM 100 untuk servis on-site. Tilam single RM 100, queen RM 140 dan king RM 150. Harga single, queen dan king termasuk permukaan atas dan empat sisi; cucian bahagian bawah tambah RM 70. Bantal dan bantal peluk RM 10 setiap satu.
Boleh, kami cuci semua jenis tilam. Beritahu saiz tilam masa WhatsApp, kami terus bagi harga.
Tak. Ini servis cuci mendalam, bukan servis kawalan serangga. Kalau anda syak ada pijat katil, buat rawatan serangga dulu. Lepas tu kami boleh cuci tilam.
Boleh, walaupun air kencing dah masuk ke span tilam. Kami guna pencuci enzim dulu, kemudian sedut air secara mendalam, pasang kipas dan guna penyegar semula jadi. Tilam biasanya kering dalam 2–4 jam kalau angin masuk elok. Hasil cucian ikut berapa lama kesan kencing tu dah ada dan berapa dalam ia meresap.
Kami datang ke rumah dan premis di Tanjung Tokong serta kawasan berhampiran seperti Tanjung Bungah, Gurney Drive, Seri Tanjung Pinang. WhatsApp alamat penuh dan servis yang anda perlukan supaya kami boleh semak jadual.
Slot di Tanjung Tokong bergantung pada jenis servis, skop kerja, akses dan jadual team. WhatsApp alamat, gambar dan tarikh pilihan supaya kami boleh semak slot yang sesuai.
Kami Juga Cover Kawasan Sekitar Tanjung Tokong
Tak pasti kawasan anda kami cover atau tak? WhatsApp kami untuk check.
Servis Cuci Tilam di Kawasan Lain
Dapatkan Sebut Harga Servis Cuci Tilam di Tanjung Tokong
9PG–5PTG, Isnin–Sabtu. Masa respons berbeza semasa sibuk.
Dapatkan Sebut Harga