Servis Cuci & Polish Lantai di Kedah

Yellowbee cuci dan polish lantai rumah di Kedah — marmar, granit, jubin seramik dan porselin, vinil dan terrazzo. Crew kami bergerak dari Pulau Pinang ikut jadual untuk servis Sungai Petani, Alor Setar, Kulim dan Jitra. WhatsApp jenis lantai, anggaran keluasan dan beberapa gambar dulu — kami check sama ada alamat anda dalam kawasan servis kami, kemudian atur lawatan tapak percuma untuk tengok keadaan lantai dan sahkan skop serta harga. Harga bermula RM 1.00/sqft; kawasan bawah 500 sqft dikira sebagai 500 sqft, dan mungkin ada caj perjalanan ikut kawasan anda.
“Sangat bersih, kemas, teratur dan wangi! Disyorkan 👍🏻. Pasukan mereka pun mesra dan sopan.”
Kenapa Yellowbee Berbeza
Lawatan Tapak Percuma
Tak pasti lantai anda perlukan apa? Kami akan datang periksa material dan keadaan lantai secara percuma sebelum confirm harga.
Tanggal, Gosok & Gilap
Kami buang wax dan salutan lama, gosok sampai bersih, kemudian sapu polish pelindung supaya lantai berkilat lebih lama.
Cuci Nat Jubin
Nat jubin yang hitam atau kotor kami gosok supaya nampak bersih semula.
Salutan Pelindung
Selepas polish, kami sapu lapisan pelindung untuk kurangkan kesan kotor, calar dan kerosakan akibat air.
Apa Kata Pelanggan Kami
“Kagum dengan servis mereka.. Tepat masa dan profesional.. Harga berpatutan dan semua barang bersih macam baru.. Secara keseluruhan, pengalaman ini melebihi jangkaan saya. Sangat disyorkan!!”
“Servis yang cemerlang, sangat terperinci dan pasukan sangat profesional. Saya amat mengesyorkan untuk guna servis mereka. Kadar bayaran pun sangat berpatutan. Syabas Yellow Bee. Khidmat pelanggan mereka juga cemerlang. Balasan hampir segera dan sangat sopan!!!”
“Sangat bersih, kemas, teratur dan wangi! Disyorkan 👍🏻. Pasukan mereka pun mesra dan sopan.”
“Yellow Bee mempunyai prosedur perniagaan yang sangat teratur dari awal hingga akhir. Pasukan pencuci tiba tepat masa. Kerja pencucian sangat terperinci, staf pun mesra. Oleh itu saya berikan 5 bintang! Sangat disyorkan.”
← Leret untuk tengok lagi →
3 Langkah Mudah
Semak Jenis & Keadaan Lantai
Kami check jenis lantai, salutan lama dan tahap kotor dulu. Lepas tu baru pilih cara cuci atau polish yang sesuai.
Buang Lapisan & Scrub
Kami buang lilin dan salutan lama dengan bahan kimia, kemudian scrub lantai guna mesin putar industri untuk buang kotoran melekat.
Gilap & Lindungi
Kami sapu polish profesional secara nipis dan sekata, kemudian buff sampai berkilat. Akhir sekali, kami tambah lapisan pelindung supaya tahan lebih lama.
Semak Jenis & Keadaan Lantai
Kami check jenis lantai, salutan lama dan tahap kotor dulu. Lepas tu baru pilih cara cuci atau polish yang sesuai.
Buang Lapisan & Scrub
Kami buang lilin dan salutan lama dengan bahan kimia, kemudian scrub lantai guna mesin putar industri untuk buang kotoran melekat.
Gilap & Lindungi
Kami sapu polish profesional secara nipis dan sekata, kemudian buff sampai berkilat. Akhir sekali, kami tambah lapisan pelindung supaya tahan lebih lama.
Semak Harga Sebelum Tempah
Kerja di Kedah guna kadar per sqft yang sama macam di Pulau Pinang. Kalau ada caj perjalanan untuk kawasan anda, kami akan nyatakan dalam sebut harga selepas lawatan tapak percuma.
Termasuk cuci nat
Bawah 500 sqft, harga tetap ikut kadar 500 sqft. Cuci nat termasuk dalam Cucian Scrub. Buang wax, gum, sealer dan coating tidak termasuk dalam Polish. Harga akhir kami confirm selepas lawatan tapak percuma.
Yellowbee check jenis dan keadaan lantai dulu, kemudian pilih cara kerja yang sesuai. Dari sebut harga sampai kerja siap dan susulan selepas itu, semuanya terus dengan Yellowbee.
Sebelum pilih harga paling murah, check ni dulu
Ni yang kami bagi — syarikat lain mungkin tak dapat bagi yang sama.
Murah tak semestinya berbaloi.
Kalau hasil tak memuaskan, anda mungkin perlu bayar sekali lagi untuk buat semula.
Polisi Cuci Semula
Bagitahu kami dalam 24 jam kalau ada masalah — kami semak dan cuci semula, percuma.
Polisi Cuci Semula
Beritahu kami dalam 24 jam kalau masih ada bau, kotoran atau bahagian yang kami terlepas pandang. Kami akan semak aduan itu dan, kalau keadaan sesuai, cuci semula bahagian berkenaan tanpa caj cucian tambahan. Kesan yang kekal mungkin tak boleh hilang sepenuhnya.
UNTUK KEDAI, PEJABAT & PREMIS KOMERSIAL
Lantai premis perlukan scrub atau polish?
Untuk kedai, pejabat, lobi dan ruang komersial yang lebih besar, lihat servis khas polish lantai komersial kami.
Hantar jenis lantai, keadaan semasa, anggaran keluasan, lokasi dan waktu akses.
Soalan Lazim
Marmar, granit, jubin seramik, porselin, vinil, epoksi dan terrazzo. Setiap jenis lantai perlukan bahan dan cara berbeza, jadi kami check dulu sebelum mula.
Harga cucian lantai ikut sqft, berbeza-beza ikut servis: Cucian Scrub RM1.00 setiap sqft (termasuk nat lantai), Polish RM1.50 setiap sqft (buang wax, gum, sealer dan coating tidak termasuk), Baik Pulih + Polish RM3.00 setiap sqft, dan Sapu Sealer RM2.00 setiap sqft. Bawah 500 sqft, harga tetap ikut kadar 500 sqft.
Biasanya lantai boleh dipijak selepas 30–60 minit. Lapisan polish perlukan 24 jam untuk betul-betul keras, jadi jangan letak perabot berat atau mop basah dulu.
Boleh. Proses kristalisasi dan diamond polish boleh buat marmar kusam berkilat semula serta kurangkan calar ringan. Kalau calar terlalu dalam, ia perlukan pakar pemulihan batu. Sebelum polish, kami test dulu di satu bahagian kecil. Lepas tu kami beritahu anda lebih kurang hasilnya macam mana.
Ya. Nat lantai dah termasuk dalam servis Cucian Scrub kami — kami guna stim bertekanan tinggi dan bahan khas untuk bersihkan nat, dah termasuk dalam RM1.00 setiap sqft tu, tak payah bayar extra.
Hantar alamat dan beberapa gambar lantai di WhatsApp. Kami check dulu sama ada alamat anda dalam kawasan servis Kedah kami, kemudian atur lawatan tapak percuma untuk tengok lantai sebelum sahkan skop dan harga. Kawasan yang disahkan termasuk Sungai Petani, Alor Setar, Kulim dan Jitra.
Kadar per sqft sama macam di Pulau Pinang, tapi jumlah akhir mungkin termasuk caj perjalanan ikut kawasan anda. Cucian Scrub RM1.00/sqft termasuk nat, Polish RM1.50/sqft, Baik Pulih + Polish RM3.00/sqft dan Sapu Sealer RM2.00/sqft. Kerja bawah 500 sqft dikira ikut kadar 500 sqft. Kami sahkan jumlah akhir selepas lawatan tapak percuma.
Boleh, ikut slot yang ada. WhatsApp tarikh pilihan anda awal-awal — hujung minggu pun boleh — supaya kami boleh semak slot yang sesuai untuk laluan Kedah.
Panduan berkaitan: Cara Buang Kesan Simen Kat Jubin, Lantai Simen & Marmar
Nak Cuci Yang Lain Juga?
Kawasan Servis Kami di Kedah
KedahKawasan anda tak ada dalam senarai? WhatsApp kami untuk check.