Servis Cuci Seat Kereta di Tanjung Tokong

Tanjung Tokong terkenal dengan kondominium, rumah dan kawasan tepi laut. Kami servis seluruh Tanjung Tokong, Tanjung Bungah, Batu Ferringhi dan Seri Tanjung Pinang — antara kawasan yang paling ramai pelanggan tempah semula dengan kami.
Dari RM 35/tempat duduk — Check harga sebelum tempah
Hantar 1–3 gambar · Kami confirm harga sebelum mula

Apa Kata Pelanggan Kami di Pulau Pinang
“Alhamdulillah. Servis tiptop. Bersih sgt cuci!!! Keta kotor dh 10tahun xpernah cuci mmg nmpk baru terus. Dari pkl12-pkl2 lebih dh siap. Terbaik dan harga berpatutan. InsyaAllah next year repeat lgi.”
“Hai, saya guna servis pencucian Yellow Bee untuk kusyen kereta saya. Hasilnya sangat memuaskan. Kusyen nampak cantik dan bersih, wangi juga. Selain itu mereka juga bantu cuci interior/eksterior kereta saya. Terima kasih banyak Yellow Bee. Sangat disyorkan 😁👍🏻 ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️”
“Servis bagus dan kualiti bagus 👍🏻 servis ni juga termasuk interior kereta selain karpet dan tilam. Berpuas hati dengan hasilnya — sangat bersih dan wangi juga.”
← Leret untuk tengok lagi →
Sebelum & Selepas
Hasil sebenar kerja kami di Pulau Pinang.
SEBELUMTempat duduk hadapan — kotoran kopi & sisa makanan
SELEPASDisedut habis, dalaman segar
SEBELUMTempat duduk kanak-kanak penuh tumpahan
SELEPASDibersihkan — dalaman segar
SEBELUMBaris belakang MPV 7-tempat duduk — habuk & bau hapak
SELEPASSelepas tempat duduk belakang dicuci
← Leret untuk tengok lagi →
Gambar Kerja Kami
Contoh ilustrasi jenis kerja yang kami buat di Pulau Pinang.
01Dalaman kereta sebelum cucian
02Mesin sedutan sedang digunakan
03Hasil tempat duduk belakang bersih segar
04Cuci mendalam tempat duduk kanak-kanak
05Servis di rumah — tak perlu keluar
06Perbandingan tempat duduk sebelah menyebelahIni antara contoh kerja yang kami buat sekitar Pulau Pinang.
Dapatkan Sebut HargaHarga Servis Cuci Seat Kereta di Tanjung Tokong
Harga tetap. Tiada caj tersembunyi.
Vacuum lantai percuma untuk cucian 4, 5 dan 7 seat. Kami confirm harga sebelum mula.
Polisi Cuci Semula
Beritahu kami dalam 24 jam kalau masih ada bau, kotoran atau bahagian yang kami terlepas pandang. Kami akan semak aduan itu dan, kalau keadaan sesuai, cuci semula bahagian berkenaan tanpa caj cucian tambahan. Kesan yang kekal mungkin tak boleh hilang sepenuhnya.
Soalan Lazim
Kereta 5-tempat duduk biasanya 60–90 minit. MPV 7-tempat duduk 90–120 minit. Tempat duduk biasanya kering dalam 1–2 jam selepas cucian.
Boleh. Kami guna bahan cuci khas untuk kulit, dan rawatan pelembap dah termasuk supaya kulit kekal lembut.
Vacuum lantai percuma. Cuci alas lantai RM15 satu. Cucian boot boleh tambah, bagitahu je masa WhatsApp.
Ya — kami datang ke mana sahaja kereta anda berada. Rumah, pejabat, parkir kondominium, tepi jalan — selagi ada ruang untuk kami kerja.
Ya — minimum tempahan RM100 untuk servis on-site, sama macam servis on-site kami yang lain. WhatsApp kami bilangan seat dan kami confirm sama ada cukup minimum.
Ya — pastikan ada akses air dan elektrik di lokasi. Kalau tak ada, bagitahu kami masa WhatsApp supaya kami boleh buat perancangan.
Boleh. Seat fabrik kami cuci dengan sedutan air mendalam, dan biasanya susu dalam span pun boleh keluar. Kalau tak, kami bagitahu dan cadangkan cara lain. Seat yang ada sensor atau airbag kami guna sedikit air je, tak basahkan sampai lencun. Seat kulit pula kami lap dan sapu pelembap. Baby car seat kami cuci terus di tempat, permukaan kain je, tak buka komponen. Bau susu masam yang dah lama mungkin kena cuci sekali lagi. Bagitahu kami dalam 24 jam lepas cucian dan kami cuci semula percuma. Kalau bau masih ada lepas cucian semula, kami cadangkan cara lain.
Kami datang ke rumah dan premis di Tanjung Tokong serta kawasan berhampiran seperti Tanjung Bungah, Gurney Drive, Seri Tanjung Pinang. WhatsApp alamat penuh dan servis yang anda perlukan supaya kami boleh semak jadual.
Slot di Tanjung Tokong bergantung pada jenis servis, skop kerja, akses dan jadual team. WhatsApp alamat, gambar dan tarikh pilihan supaya kami boleh semak slot yang sesuai.
Kami Juga Cover Kawasan Sekitar Tanjung Tokong
Tak pasti kawasan anda kami cover atau tak? WhatsApp kami untuk check.
Servis Cuci Seat Kereta di Kawasan Lain
Dapatkan Sebut Harga Servis Cuci Seat Kereta di Tanjung Tokong
9PG–5PTG, Isnin–Sabtu. Masa respons berbeza semasa sibuk.
Dapatkan Sebut Harga