10% off (min. RM150) · FIRST BEE
📦
HARGA
Dikemaskini Ogos 2026

Harga Cuci Rumah Pindah Masuk/Keluar di Penang

Cucian pindah masuk/keluar Yellowbee di Penang bermula dari RM 350 untuk hartanah sehingga 500 sqft. Hartanah lebih besar dikira ikut sqft (RM0.70/sqft sehingga 1,499 sqft, RM0.60/sqft sehingga 2,499 sqft, RM0.50/sqft untuk 2,500 sqft ke atas), dengan harga tepat kami sahkan ikut jenis dan keadaan unit.

HARGA PENUH

Servis Cuci Rumah Pindah Masuk/Keluar di Penang

Termasuk:
Lap Habuk
Cuci Dinding
Cuci Kaca
Cuci Bilik Air
Cuci Lantai
Cuci Dapur
Cuci Kabinet (Melekat Sahaja)
sqft
Anggaran harga
RM 700
Tempat lebih luas, harga lebih murah — jimat 40% setiap sqft berbanding keluasan 300 sqft

Termasuk lap habuk, dinding, cermin, bilik air, lantai, dapur dan kabinet. Pakej ini tak guna mesin floor scrubber dan tak termasuk alih kabinet atau barang elektrik. Kami confirm harga selepas check keadaan. Perlukan slot cepat? WhatsApp sebelum 10 pagi; slot hari yang sama ikut kawasan dan jadual crew.

HARGA

Soalan Berkaitan Harga

Macam mana harga dikira?+

Harga ikut saiz rumah: studio, 2–3 bilik, 4–5 bilik atau lebih besar. Keadaan unit pun mempengaruhi harga akhir. WhatsApp jenis unit anda dan kami akan confirm harga.

Apa yang termasuk dalam cucian pindah keluar?+

Semua bilik, dapur, bahagian dalam kabinet, oven, dapur masak, bilik air, balkoni, bahagian dalam tingkap, lantai dan skirting. Kami cover bahagian yang biasanya tuan tanah check semasa serah kunci.

Korang alih kabinet atau perkakas, dan guna mesin floor scrubber tak?+

Pakej ini tak guna mesin floor scrubber; kami cuci lantai secara manual. Alih atau angkat kabinet dan barang elektrik pun tak termasuk. Tolong kosongkan kawasan sebelum crew sampai.

KETAHUI LEBIH LANJUT

Nak tahu lebih lanjut tentang servis cuci rumah pindah masuk/keluar kami?

Lihat apa yang termasuk, macam mana proses cucian kami berjalan dan apa kata pelanggan sebelum anda tempah.