Langkau ke kandungan utama
10% off (min. RM150) · FIRST BEE
🧶
HARGA
Dikemaskini Ogos 2026

Harga Cuci Karpet di Penang

Harga cuci karpet di Penang bermula dari RM50 untuk karpet sintetik atau bulu saiz XS. Minimum tempahan RM100 untuk cucian di rumah. Semak jadual saiz di bawah; karpet handmade, jute dan viscose pula dikira ikut kaki persegi. Hantar ukuran, gambar dan kawasan anda. Beritahu juga sama ada nak cuci di rumah atau guna servis ambil dan hantar.

HARGA PENUH

Servis Cuci Karpet di Penang

Saiz, jenis karpet dan harga

Harga XS–XL dikira untuk setiap karpet sintetik atau bulu, bukan untuk setiap kaki persegi. Semak jenis karpet dulu sebelum pilih saiz.

SaizKeluasanHarga setiap karpet sintetik atau bulu
XSBawah 35 kaki persegiRM50
S35–47 kaki persegiRM80
M48–63 kaki persegiRM100
L64–97 kaki persegiRM160
XL98 kaki persegi ke atasRM180
Item atau jenis karpet lainCara kiraHarga
Handmade / Jute / ViscoseSetiap kaki persegiRM2.50
Karpet TanggaSetiap satuRM10–20
Karpet velvet / spanKami semak ikut gambar dan ukuranTanya harga

Harga ini untuk karpet sintetik atau bulu. Karpet handmade, jute, viscose, velvet dan span ada harga berbeza. Kami confirm harga sebelum mula.

Cara ukur karpet

  1. Untuk karpet segi empat, ukur panjang dan lebar dalam kaki.
  2. Darab panjang × lebar untuk dapatkan kaki persegi. Karpet 6 kaki × 8 kaki ialah 48 kaki persegi: saiz M, RM100 untuk karpet sintetik atau bulu.
  3. Kalau ukur dalam sentimeter atau meter, hantar kedua-dua ukuran bersama unit. Meter persegi dan kaki persegi tak sama.
  4. Kalau karpet bulat, bentuk tak sekata atau saiznya antara julat dalam jadual, WhatsApp gambar dan ukuran. Team sales kami akan confirm harga.
HARGA

Soalan Berkaitan Harga

Boleh cuci di rumah atau ambil karpet?+

Kami ada servis cuci di rumah serta ambil dan hantar karpet. Minimum tempahan RM100 untuk cucian di rumah. Hantar gambar, ukuran dan kawasan anda supaya kami boleh cadangkan pilihan yang sesuai dan confirm jumlah harga. Ambil sahaja RM5, hantar sahaja RM5, atau RM10 untuk dua-dua sekali. Ambil dan hantar percuma untuk tempahan RM250 ke atas, atau RM50 ke atas di Balik Pulau. Karpet yang diambil akan dihantar balik dalam 10–14 hari bekerja.

Ada servis cuci karpet dekat kawasan saya?+

Ya. Kami cover Pulau Pinang dan Seberang Perai, termasuk Butterworth, Bukit Mertajam, Kepala Batas dan kawasan sekitar. Caj perjalanan atau minimum tempahan mungkin berbeza ikut lokasi — WhatsApp kawasan anda dan kami akan confirm sebelum ambil karpet.

Harga boleh berubah bila team sampai?+

Team kami akan check item atau kawasan tersebut bila sampai. Kalau ada bahagian yang perlukan kerja tambahan di luar sebut harga asal, kami akan beritahu kosnya dulu. Kami tak akan buat atau caj kerja tambahan tanpa persetujuan anda. Kalau anda tak nak tambah, kami teruskan ikut harga dan skop asal.

KETAHUI LEBIH LANJUT

Nak tahu lebih lanjut tentang servis cuci karpet kami?

Lihat apa yang termasuk, macam mana proses cucian kami berjalan dan apa kata pelanggan sebelum anda tempah.